Sejak akhir-akhir ni Sis Fiza banyak terima aduan (ewahhhh..macam Aduan Rakyat TV3 pulak..hehe) mengenai fail-fail yang disimpan di komputer / thumdrive / external hard disk tiba-tiba hilang walaupun mereka tidak pernah ‘delete’ fail tersebut.

Pembaca blog Sis Fiza semua bagaimana? Ada terjadi macam ni juga tak? Kalau ye, ketahuilah komputer anda sedang diganggu oleh sejenis virus yang mana virus ini kerjanya menyembunyikan fail dan menukar fail sebenar daripada ‘folder’ ke ’shortcut’. 

Jadi cara yang paling mudah untuk anda mengesan semula fail anda ialah dengan KLIK ke 
-> MY COMPUTER/CONTROL PANEL -> TOOL (BAGI PENGGUNA WINDOWS XP
-> MY COMPUTER -> ORGANIZE (BAGI PENGGUNA WINDOWS VISTA @ 7)
-> FOLDER OPTION (XP), FOLDER AND SEARCH OPTIONS (VISTA & 7)
-> VIEW 
-> HIDDEN FILES AND FOLDERS 
-> klik/tick pada ‘Show hidden files and folders’. 
-> untick pada  dua pilihan di bawahnya iaitu ‘Hide extentions for known file types’ dan ‘Hide protected operating system files’.

Selepas buat semua ini, anda akan dapat lihat segala fail asal dalam folder yang telah disembunyikan virus. Pindahkan semua fail tersebut ke dalam folder baru untuk selamatkan fail anda.

p/s: Kalau Folder Option pun tiada, itu tandanya komputer anda sedang dijangkiti virus dan perlu dibaiki. 

2 thoughts on “Fail tiba-tiba hilang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close