Tempat Selamat Simpan Fail / Dokumen Peribadi

Semasa membaiki laptop, saya dapati ramai pelanggan 'save file' penting di 'partition / local disk' C. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, tempat yang sesuai untuk simpan fail-fail penting adalah selain dari local disk C sebab kebiasaannya sistem komputer berada di situ. Tetapi ada juga sesetengah komputer yang sistem operasinya berada selain di C, mungkin di local disk D atau E.

Tak kiralah sistem berada di local disk mana pun, poin penting di sini, elakkan simpan fail di 'My Document' /  'Desktop' / 'My Pictures' / 'My Videos' dan sebagainya, di local disk yang ditempatkan sistem komputer (melainkan komputer yang hanya ada satu partition sahaja).

Bagaimana pula untuk mengenali partition mana yang diletakkan sistem tu? Mudah saja. Cek kesemua local disk, yang mana ada folder WINDOWS, di situlah terletaknya sistem komputer kita.

Penting sangat ke simpan fail di local disk selain C? Ya, sangat penting kerana apabila komputer kita bermasalah dan perlu di format, tempat yang diformat adalah di local disk di mana terletaknya sistem komputer kita. Sistem komputer yang lama perlu ditukar kepada yang baru. Jadi semua fail penting yang tersimpan di situ akan hilang. (kecuali hard disk yang bermasalah)

Jadi, sebelum terlambat, apa kata kita bertindak sekarang. Cek fail-fail penting berada di mana. Pindahlah ke tempat yang selamat.

Simpan di sini lebih selamat

~ Sediakan payung sebelum hujan ~

2 thoughts on “Tempat Selamat Simpan Fail / Dokumen Peribadi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close