Entri kali ini Sis Fiza akan kongsikan cara untuk menangani virus 'short cut' secara satu persatu memandangkan semakin ramai yang terkena virus ini di komputer mereka.
 

Scan disk yang terkena virus tersebut sama ada C / D / E / pendrive / external hard disk dll (gambar ini menggunakan antivirus Avira)
 Setelah siap scan, buka bahagian yang di 'scan' tadi sama ada melalui 'address bar' sebagaimana gambar ini atau buka melalui 'explorer', atau boleh juga dibuka melalui 'right click' partition tadi  – OPEN. Elakkan buka disk dengan 'double click' disk tersebut.
Ni foto virus 'short cut' yang menyerang laptop pelanggan kami.
Folder yang tertulis 'short cut' ini hendaklah di 'delete' satu persatu. Bagaimana nak mengenal sama ada folder itu adalah virus atau tidak?  Kebiasaannya saiz folder virus adalah sama contohnya berkapasiti 1KB (seperti foto ini), atau 2,3 folder berlainan berkapasiti 100KB/150KB dll. Point di sini, folder itu bukan milik anda tetapi  mempunyai kapasiti yang sama besar.

 

Setelah folder virus di 'delete', hanya fail ini yang tinggal sedangkan ada lagi fail yang hilang. Cara untuk dapatkan semula fail / folder yang hilang ikuti langkah di bawah ini

-> MY COMPUTER -> TOOL (BAGI PENGGUNA WINDOWS XP)
-> MY COMPUTER -> ORGANIZE (BAGI PENGGUNA WINDOWS VISTA @ 7)
-> FOLDER OPTION (XP), FOLDER AND SEARCH OPTIONS (VISTA & 7)
-> VIEW 
-> HIDDEN FILES AND FOLDERS 
-> tick pada ‘Show hidden files and folders’.
-> untick pada  dua pilihan di bawahnya iaitu
      ‘Hide extentions for known file types’ dan 
      ‘Hide protected operating system files’. 

Selepas untick "Hide Protected Operating System Files", akan keluar Warning begini, klik YES
 


Anda akan dapati folder anda yang hilang tadi muncul semula tetapi warna folder tersebut samar-samar. Anda letakkan 'cursor' pada folder yang diingini, kemudian  'right click' – Properties – General-

 

Untick ruangan 'Hidden'

 

Sekiranya ruangan 'Hidden' tidak boleh untick sepertimana gambar ini, ikuti langkah di bawah.

Buka folder tersebut, 'copy' semua file anda, kemudian 'paste'kan ke folder baru. Lakukan begini untuk semua folder yang samar-samar.

Akhir sekali, setelah selesai dapatkan semula file & folder, ikuti langkah seterusnya di sini.
 

7 thoughts on “Virus Short Cut

  1. huhu…ri2 sy kne gk virus ni~ d'sbbkn xtw nk wtpe, sye just scan virus then format hd… klu la sye bce tips ni awl2, dpt sve file2 dlu..huhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close