Cara Off Emel Notifications Facebook

Sewaktu saya mula-mula menggunakan Facebook (FB), saya dapati akaun emel dibanjiri dengan emel notis daripada FB. Emel yang tak penting saya delete sebab takut tak perasan ada emel penting yang perlu dibaca.
 
Jenuh juga lah kalau 2,3 hari tak cek emel, penuh inbox dengan notis dari FB ni. Kadang-kadang sampai beratus emel diterima sampaikan saya cuba untuk mengurangkan komen di ruangan FB, sebab tak nak buang masa untuk men'delete' emel ni. 
 
Rakan-rakan semua pula macam mana? Mengalami situasi yang sama juga tak?
 
Saya adukan perkara ni kepada suami. Dia tanya kenapa tak off notifications emel? Kalau off kan, emel notis daripada FB kita takkan terimalah. Ooooh..macam tu ke? Hehe.. Tak tau pun ada fungsi tu.
 
Jadi, tanpa membuang masa saya pun mulalah meng'off'kan notifications tu. Sekarang inbox emel pun kembali aman..  =)
 
Eh… nak off kat mana ni? Kalau rakan-rakan nak tahu juga, lihat langkah yang ditunjukkan di bawah ini….
 

 
Klik Notifications –> untick di kotak-kotak kecil sebagaimana yang ditunjukkan di foto ini 
 
 
Selepas selesai untick, klik Save Changes
 
 
Nah..sekarang inbox emel anda tidak akan dibanjiri oleh emel daripada FB lagi… (=
 
UPDATE: Di bawah ini yang terkini:
 
Untuk DESKTOP:
 
Cara Off Notis Emel FB Desktop 1

 
Cara Off Notis Emel FB Desktop 2

 
 
Cara Off Notis Emel FB Desktop 3

 
 
 
Untuk Mobile:
Cara Off Notis Emel FB Desktop Mobile 1

 
 
Cara Off Notis Emel FB Desktop Mobile 2

 
 
Cara Off Notis Emel FB Desktop Mobile 3

 
 
 
Cara Off Notis Emel FB Desktop Mobile 4
 
 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close