Cara menukar kedudukan garisan pada ‘footnotes’

Entri ini Sis Fiza ingin kongsikan bersama pembaca sekalian cara-cara untuk menukar kedudukan garis pada 'footnotes' dari sebelah kiri ke kanan, yang menggunakan perisian Microsoft Word 2007 .

Bagaimana mahu mengalihkan garis footnotes dari kiri ke kanan?
Ikuti arahan di bawah ini…

 

Langkah 1

Taipkan ayat untuk diletakkan notakaki (footnotes).

 

Langkah 2

References – Insert Footnotes –

Taipkan bahan rujukan di tepi nombor yang tertera pada footnotes –

Alihkan ke kanan seperti biasa (allign text right)

 

Langkah 3

Kedudukan footnote terkini… 

Kemudian klik View – Web Layout

 

Langkah 4

Setelah klik Web Layout, jadilah macam ni

 

Langkah 5

Klik References – Show Notes –

All Footnotes – Footnotes Separator

 

Langkah 6

Home – Allign Text Right

 

Langkah 7

View – Print Layout

 

Langkah 8

Dannnnn….nilah hasilnya… Selamat Mencuba!

Terima kasih saya ucapkan kepada kakanda Kak Siti Hasliza (senior Maahad Muhammadi Pasir Pekan dulu) yang bertanyakan saya cara nak ubah garisan tu.. lama dah tak buat assignment..terlupa pula.. try godek-godek sendiri tak dapat..

Sis Fiza pun gunakan 'talian hayat' melalui FB Sis Fiza.. Terima kasih juga kepada rakan FB, Al-Ukht Akmal Mursyida atas pertolongan beliau. Semoga sedikit pengetahuan yang dikongsikan ini dapat membantu para pembaca di luar sana untuk membuat footnote dengan betul. Teringat masa di UIA dulu, subjek khusus yang membincangkan tajuk ini adalah Research Methodology…

4 thoughts on “Cara menukar kedudukan garisan pada ‘footnotes’

  1. Alhamdunillah.. syukran sis di atas perkongsian ilmu.. telah memudahkan urusan penulisan kitab boutuh Al-Azhar ting. 3 SMAN Pahang..

     

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close