Gambar Ikon Hard Disk Berwarna Merah

Pelanggan: Sis Fiza, boleh tolong cek komputer saya tak?

Sis Fiza: InsyaAllah, boleh.. Komputer ada masalah apa ye?

Pelanggan: Komputer saya kena virus sebab ikon 'hard disk drives' di komputer saya bertukar warna merah. Biasanya berwarna biru kesemuanya. (seperti yang terdapat pada foto di atas). Lepas tu ada keluar 'pop up'  yang ditulis lebih kurang macam ni.."virtual memories too low…"  dan komputer jadi 'slow'. Saya nak tambah RAM jugalah. Sis Fiza boleh tolong formatkan dan tambahkan RAM tak?

Sis Fiza: Ok, nanti saya cek detail dulu, kalau perlu format, barulah saya formatkan komputer ni.

**********************************************************************

Bagaimana dengan komputer anda?

Adakah mengalami situasi seperti ini juga?

Di mana pula terletaknya ikon ini?

Anda hanya perlu klik My Computer, ia terpapar di situ. (ikon seperti ini biasanya terdapat di komputer yang menggunakan Windows Vista dan Windows 7)

Setelah Sis Fiza cek komputer tersebut, Sis Fiza dapati ia bukanlah diserang virus, sebaliknya fail yang disimpan di 'partition' yang bertanda merah tadi terlalu besar,  sehingga hampir memenuhi kapasiti yang dibenarkan. Folder 'Videos'  sahaja  menghampiri 50GB saiznya!

Jadi, Sis Fiza nasihatkan supaya pelanggan tersebut membuang fail-fail yang tidak penting, atau pindahkan fail-fail ke 'external hard disk' .

Setelah dibuang semua fail yang tidak penting, ikon hard disk tadi kembali berwarna biru dan komputer pun makin laju berbanding sebelum ini.

Jadi..komputer ini tak perlu format dan tak perlu tambah RAM, memadangkan RAM sedia ada sudah besar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close