Sebelum cabut pendrive daripada komputer…

Sebelum anda mencabut pendrive ataupun external hard disk daripada komputer, anda dinasihatkan ikuti dahulu langkah-langkah yang ditunjukkan di bawah.

Cara 1:

Bagi pengguna Windows 7 dan Windows Vista:

Di ikon sebelah kanan komputer - tekan yang berbentuk 3 segi, kemudian pilih ikon yang ada gambar USB + bulat hijau

Tekan ikon USB tersebut - tekan pula notis yang keluar

Apabila sudah keluar notis ini, bolehlah cabut pendrive daripada komputer

**nota: bagi pengguna Windows Vista, boleh terus tekan ikon USB di sebelah kanan komputer sepertimana Windows XP di bawah ini.

 

Bagi pengguna Windows XP:

Tekan ikon yang ada gambar anak panah berwarna hijau - tekan notis yang keluar itu (kalau ada banyak pilihan, pilih yang kita mahu keluarkan @ 'eject'  sahaja)

Selepas notis ini keluar, bolehlah cabut pendrive anda...

 

Cara 2:

  • Right Click pada ikon pendrive di My Computer
  • Pilih 'eject'
  • Bolehlah cabut pendrive tersebut.

 

p/s: Anda juga boleh ikuti cara selamat untuk menggunakan pendrive atau external hard disk di sini.

5 thoughts on “Sebelum cabut pendrive daripada komputer…

  1. Nak tanya sikit, aku dah terbiasa main cabut terus..selalunya apakah risiko masalah yang akan dialami jika tidak mengikut langkah seperti diatas?

  2. bila dah masuk pendrive ke komputer, akan ada folder tiada nama tapi ada .exe dihujung nama contoh "    .exe" 
    adakah virus tu dari computer atau pendrive, kalau dapat sisfiza kongsi cara nak buang virus tersebut, amat lah saya hargai

    1. Tak pasti daripada mana. Kalau 2-2 dah kena maka kena bersihkan 2-2. Scan pendrive dan komputer dengan menggunakan antivirus.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close