Perbanyakkan pembahagian hard disk

Foto ini menunjukkan hard disk dibahagikan kepada empat bahagian iaitu C, D, E dan F.

Kebiasaannya di Local Disk C terletaknya sistem komputer kita. Kadangkala ada juga diletakkan di bahagian lain. Untuk mengetahuinya, klik di setiap bahagian, yang mana terdapat folder 'WINDOWS', menunjukkan sistem berada di situ.

Sekiranya di komputer anda terdapat lebih dari satu bahagian hard disk, kami syorkan anda simpan segala fail peribadi di bahagian selain dari tempat sistem berada. Contoh dalam gambar di atas, simpan di selain Local Disk C. Ini kerana, jika komputer kita mengalami gangguan sistem dan perlu diformat, bahagian Local Disk C yang diformat. Bahagian lain tidak terusik, jadi fail peribadi anda disitu selamat (melainkan hard disk mengalami kerosakan).

Bagaimana pula sekiranya hard disk anda hanya ada satu bahagian sahaja, bolehkah dipecahkan kepada beberapa bahagian?

Sebenarnya ia bergantung kepada:

  • kapasiti hard disk – sekurang-kurangnya 20gb
  • pembahagian asal hard disk kita hendaklah kurang dari 4 bahagian

Bagi mereka yang menggunakan Windows Vista dan Windows 7, anda boleh membuat pembahagian ini tanpa menggunakan perisian luar. Cara-caranya ada diterangkan di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close