Foto ini menunjukkan pelekat asal laptop ditutup dengan pelekat lain di atasnya.

Soalan: Bolehkah kita menutup pelekat seperti foto ini?

Jawapan: Kami tidak menggalakkan anda berbuat begini kerana di pelekat ini ada ditulis maklumat penting laptop anda, seperti model laptop (melainkan anda memang mengingati model laptop tersebut), serial number, product number laptop, product key bagi Windows original, jenis processor yang digunakan, dll.

Soalan: Adakah ia mendatangkan masalah sekiranya ditutup juga?

Jawapan: Ya. Sekiranya laptop kita perlu diformat (tukar dengan sistem yang baru), kita perlu memasukkan pemacu (driver) untuk memastikan komponen laptop dapat berfungsi seperti biasa. Dan setiap pemacu laptop adalah berbeza walaupun jenamanya sama.

Dan sekiranya kita mahu cek warranty laptop secara online, kita perlu masukkan serial number atau product number laptop tersebut.

Justeru, anda dinasihatkan menampal pelekat yang baru di ruangan lain yang masih kosong.

Sekian, terima kasih… =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close