Cara mengelakkan gangguan virus “How to see who viewed your profile” di FB

Semasa melayari FB akhir-akhir ini, Sis Fiza kerap diganggu oleh satu aplikasi  virus "How to see who viewed your profile". Selain menerima notis di ruangan 'event', aplikasi ini turut diterima melalui ruangan 'chat box'.

Bagaimana dengan rakan-rakan? Adakah menerimanya juga? Rimas rasanya Sis Fiza dengan aplikasi seperti ini. Sampai berpuluh-puluh 'jemputan' diterima!

Adakah kita dapat mengatasi masalah ini?

Bagaimana cara untuk mengelakkan FB kita dimasuki virus ini lagi?

Jawapannya:

Ya, insyaAllah, masalah ini akan dapat diatasi. Sis Fiza sudah mencubanya. Alhamdulillah, berjaya! Aman rasa hidup..hehe.

Rakan-rakan ingin tahu juga cara membuang virus ini daripada menyerang FB kita?

Pertama:

Di ruangan 'Events' yang diterima, REMOVE jemputan 'How to see who viewed your profile'. Jangan sekali-kali terima jemputan tersebut kerana dengan tanpa pengetahuan kita, virus itu akan menyerang ke FB rakan-rakan yang lain. Nanti tak semena-mena rakan 'unfriend' atau 'mem'block' FB kita kerana tidak suka 'jemputan' yang dihantar.

Kedua:

Di ruangan 'Apps', klik 'Block Top 10 people who viewed your profile'.

Ok, selamat mencuba…


2 thoughts on “Cara mengelakkan gangguan virus “How to see who viewed your profile” di FB

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close