Assalamualaikum WBT…

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

“Apabila mati anak Adam, maka telah terputuslah amalannya melainkan 3 perkara ;

  • Sedekah jariah, atau
  • ilmu yang bermanfaat, atau
  • anak soleh yang mendoakan ke atasnya”

[Hadith diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, al-Nasaa'i, dan al-Bukhari].

Terlebih dahulu jutaan terima kasih Sis Fiza ucapkan kepada pembaca sekalian  kerana setia mengikuti dan berkunjung ke blog Sis Fiza.

Blog ini Sis Fiza banyak berbicara mengenai masalah berkaitan teknikal komputer dan cara menyelesaikannya, sama ada yang Sis Fiza alami sendiri ataupun masalah yang melanda komputer pelanggan Sis Fiza.

Berteraskan hadis di atas, menyemarakkan lagi  semangat Sis Fiza  untuk terus berkongsi setitis pengetahuan yang ada, moga-moga ianya bermanfaat untuk semua dan dapat Sis Fiza jadikan bekalan apabila berada di 'sana' nanti.

Sis Fiza juga mengalu-alukan pembaca berkongsi artikel Sis Fiza sekiranya artikel tersebut dapat dimanfaatkan kepada orang lain juga.

Untuk berkongsi di FB, rakan-rakan hanya perlu menekan butang huruf F di bawah ini.

(Ops.. foto ini hanya contoh, bukan tekan 'F' yang ini, tetapi di bawah iklan artikel ini.)

Terima kasih sekali lagi diucapkan atas sokongan yang diberikan. Semoga Allah memberkati kalian.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close