Antara kelebihan menggunakan Microsoft Excell ialah kita dapat membuat pengiraan tanpa menggunakan kalkulator. Hanya menggunakan formula, kita dapat mengetahui jawapannya.

Ni adalah contoh perkiraan yang saya buat dengan menggunakan formula.

Langkah 1: Senaraikan perkara yang ingin kita kira (key-in data)

Judul buku dan harga...

**********************************************************************

Langkah 2: Taipkan formula di bulatan merah yang bernombor 1. Cara menulis formula;

  • Lihat dahulu kolum nombor yang ingin dijumlahkan. Contoh di dalam foto ini nombor yang ingin dikira diletakkan dalam kolum D (bulatan merah nombor 2)
  • Kemudian lihat nombor pertama dan terakhir  yang ditulis berada di petak ke berapa.. Contoh foto ini di petak ke 3 (RM 29) dan petak ke 11 (RM35) (bulatan merah nombor 3 & 4)
  • Jadi cara menulis formula adalah =SUM(D3:D11)
  • Kemudian tekan enter

Klik gambar untuk melihat paparan dengan lebih jelas...

**********************************************************************

Langkah 3: Harga kesemua buku yang dibeli terpapar secara automatik di bahagian 'jumlah'…

Menjumlahkan dengan menggunakan formula...menjimatkan masa dan dapat mengurangkan kesilapan

**********************************************************************

Selamat mencuba… =)

One thought on “Mengira tanpa menggunakan kalkulator

  1. Pingback: petalingstreet.org

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close