Selepas tekan butang 'start' komputer, tiba-tiba keluar tulisan ini "NTLDR is missing", dan komputer tidak dapat memasuki Windows seperti biasa.

Owh..kenapakah perkara ini terjadi?

Cuba ingat kembali apa yang anda lakukan sebelum 'shut down' komputer sebelum ini? Adakah anda ada 'terdelete' fail atau folder yang samar-samar warnanya seperti di dalam foto di bawah ini?

Jika, ya, itulah puncanya. Anda ada terbuang sistem komputer. Mungkin anda menyangka ianya adalah virus, tetapi bukan, ia adalah sistem penting yang perlu ada di dalam komputer kita.

Umpamanya di dalam badan kita, kalau jantung dibuang, adakah kita boleh bernafas? Tentulah tidak, betul tak?

Jadi untuk mengatasi masalah ini, komputer anda perlu dibaiki semula sama ada hanya perlu 'repair' sistem operasi yang sedia ada ataupun terpaksa memasukkan sistem operasi yang baru.

Justeru, sebagai langkah berjaga-jaga, Sis Fiza nasihatkan 'sembunyikan' folder yang samar-samar itu. Cara untuk menyembunyikannya, boleh lihat di entri Sistem Komputer. (Sila klik)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close