Terapi Minda:Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman

Sis Fiza baru khatam membaca buku Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman, tulisan Prof Dr Haji Muhd Kamil Ibrahim. Beliau merupakan pensyarah Perakaunan di UiTM Johor. Sudah lama sebenarnya teringin mendapatkan buku ini, Alhamdulillah, sekarang baru tercapai. Boleh katakan hampir setiap hari juga Sis Fiza akan menjenguk blog beliau, ia ringkas tetapi signifikan! Suka membacanya… =)

Membaca karya beliau ini membuatkan Sis Fiza begitu asyik dan ralit sekali sehinggakan tidak sedar masa begitu pantas berlalu (mula membaca selepas Asar, sedar-sedar jam sudah menunjukkan pukul 7.40 malam!). Tulisannya begitu menusuk kalbu.


Buku ini secara khususnya membicarakan mengenai haji; persediaan sebelum mengerjakan haji, apa yang perlu dilakukan semasa dan selepas menunaikan haji, dengan gaya penulisannya sangat santai,  seperti membaca cerita novel, membuatkan kita tidak sabar-sabar untuk khatam pembacaan.

Alhamdulillah, Sis Fiza pernah mengerjakan umrah dengan keluarga tahun 2006 yang lalu, apabila membaca buku ini, terasa seolah-olah kita turut berada di dalam cerita ini. Nukilan dari hati yang meresap ke hati…

Selain berbicara mengenai ibadah haji, perkara utama yang ditekankan oleh Prof Kamil, ialah mengenai peri-pentingnya berdoa. Sebelum ini kita seringkali mendengar akan kata-kata "doa itu senjata orang Mukmin'.. Alhamdulillah, dengan mengikuti kisah yang diceritakan oleh beliau, membuatkan kita lebih mengerti akan makna kata-kata ini.

Allahu Akbar! Subhaanallah!

Apa yang boleh disimpulkan di sini,  apa jua yang ingin kita lakukan..berdoalah terlebih dahulu kepadaNya. Kekadang, perkara yang kita pinta denganNya, tampak mustahil untuk direalitikan, tetapi, andainya kita meletakkan sepenuh keyakinan kepada Allah, permintaan kita itu tidak mustahil akan ditunaikanNya (dengan syarat mesti juga diiringi dengan usaha yang setimpal).

Apa tunggu lagi… jom kita mula dari sekarang..minta kepadaNya apa yang kita hajati…

>>doa mampu merubah segalanya<<

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close