Mencontohi Kepimpinan Sultan Muhammad Al-Fateh (1)

Sis Fiza baru habis membaca novel sejarah, ''Muhammad Al-Fateh: Penakluk Konstantinopel" karya Pak Latip. Sis Fiza amat tertarik dengan Sultan Muhammad Al-Fateh, walaupun baginda menaiki tahkta di usia muda (19 tahun), gaya kepimpinannya cukup terserlah. Memiliki ilmu agama yang kukuh, mampu menguasai 7 bahasa, mahir dalam bidang ketenteraan, serta seorang yang tawadduk.

Bahkan baginda sangat mengambil berat akan kebajikan rakyatnya sehinggakan sanggup keluar pada waktu malam tanpa diketahui oleh orang lain semata-mata untuk meninjau keadaan rakyat.

Yang kelaparan, diberi bantuan makanan, yang mengalami kerosakan kediaman, dibina kediaman baru atau dibaiki tanpa rakyat mengeluarkan sebarang belanja. Kebajikan rakyat cukup terjaga tanpa mengira bangsa dan agama mereka.

Sesuailah dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Kota Konstantinopel jatuh di tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera."

Setelah lebih 800 tahun barulah tentera Islam dapat menawan Kota Konstantinopel di bawah kepimpinan Sultan Muhammad Al-Fateh.

Semasa membaca novel ini, tergambar di fikiran Sis Fiza, alangkah indahnya sekiranya pemimpin hari ini boleh mengambil ikitbar dan meniru gaya kepimpinan Sultan Muhammad Al-Fateh, di mana mereka akan menjaga kebajikan rakyatnya dengan bersungguh-sungguh…. (bersambung)

2 thoughts on “Mencontohi Kepimpinan Sultan Muhammad Al-Fateh (1)

  1. semua panglima agong Allah mempunyai ciri-ciri yang sama. tidak pernah meninggalkan solat fardhu, rawatib dan tahajjud sejak baligh. hanya manusia yang punya ciri2 hebat ini yang insyaAllah bakal mengulang sejarah. sangat bestkan sis mendalami sejarah! 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close