Mencontohi Kepimpinan Sultan Muhammad Al-Fateh (2)

…..Realitinya pada hari ini, rakyat semakin hari semakin tertekan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat. Minggu lepas harga petrol RON97 naik 20 sen, hari ini pula harga gula pula naik. Kenaikan harga dua barang asasi ini akan memberi kesan kepada kenaikan harga barang-barang keperluan lain.

Kasihanlah kepada golongan yang berpendapatan rendah, para pemimpin bersenang-lenang membelanjakan duit rakyat (mereka boleh 'claim' bayaran untuk melancong ke luar negara, diberi elaun,  dll), rakyat yang sudah miskin, dibiarkan  menjadi papa kedana pula.

Beginikah pemimpin yang kita mahukan?

Wahai anak-anak muda, ayuh kita mendaftar sebagai pengundi. Tanggungjawab kita untuk memilih kerajaan yang betul-betul perjuangkan nasib rakyat, pilih pemimpin yang sanggup memotong elaun bulanan untuk meringankan beban rakyat.

Andaikata kita tidak kasihankan diri kita, lihatlah orang di sekeliling kita yang hidupnya kais pagi makan tengah hari, kais petang makan malam. Kenaikan harga barang-barang ini, merekalah yang terasa dahulu bebanannya, mungkin kais hari ini, esok baru boleh makan.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close