Buat tatapan guru-guruku yang disayangi….

Guruku
Jasamu ibarat lautan yang tidak bertepi
Mencurah ilmu menabur bakti
Membimbing kami membentuk peribadi
Kaulah pelita yang menerangi
Kegelapan hati sanubari ini

Oh guru
Jutaan terima kasih daripada kami
Untukmu guru yang kami sayangi
Kaulah Abi kaulah Ummi
Jasamu sentiasa kami hargai

Guru
Lambaian bumi MM(P)PP
Begitu mengamit naluri
Di sanalah kami mengenal erti
Kehidupan hakiki
Tidak tergambar kerinduan hati ini
Rasanya ingin kami kembali
Ke bumi Maahadi

Oh guru
Sebelum kami mengundur diri
Sepuluh jari kami huluri
Ampun maaf kami pohoni
Doakan kami di sini
Semoga diberkati Ilahi

Selamat Hari Guru daripada kami
Kepada semua guru MM(P)PP
Semoga Allah merahmati
Pengorbananmu yang menggunung tinggi…

Hasil nukilan,
Bekas pelajar,
SMU (A) Maahad Muhammadi (P) Pasir Pekan
SPM 2001

>>Farahiah, Hanita, Mariana, Huda, Zubaidah, Zuria, Azuni, Zunaizah, Mariam, Baizura, Hafizah Elias, Nurul, Adznur, Hafizah Aziz<<

(Study Room, Level 4 Khadijah College, Matriculation Center of IIUM – 2002/2003)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close