Assalamualaikum wbt…

Entri ini sukalah saya kongsikan cara yang terbaik untuk menggunakan external hard disk supaya tahan lama. 

Rakan-rakan suka tak menonton movie? Bagi peminat movie, saya syorkan anda supaya elakkan menonton movie terus daripada external hard disk. Sebaliknya, copy dahulu movie tersebut ke komputer, kemudian barulah menontonnya. 

Begitu juga sekiranya kita ada mengedit assignment, atau apa jua, editlah dahulu di komputer. Apabila sudah siap barulah 'transfer' fail tersebut ke external hard disk anda. 

Ops…peringatan di sini.. jangan 'cut' & 'paste' fail tersebut, tetapi amalkan 'copy'  & 'paste'. Selepas fail selamat dipindahkan, barulah boleh 'delete' fail asal di komputer. 

Setakat ini dahulu perkongsian untuk kali ini… Berjumpa lagi di lain siaran… InsyaAllah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close