Anakandaku sayang…
Walaupun hadirmu cuma seketika
Hanya 3 bulan dalam kandungan Ummi
Namun, aura kesabaran, ketabahan dan
tidak banyak kerenah anakanda tetap Ummi rasai…

Ummi dan Abi rindu untuk menatap wajah anakanda sayang
Tetapi, Ummi dan Abi mengerti
Bahawa setiap permulaan pasti ada pengakhiran kecuali DIA
Dan…
DaripadaNya kita datang… kepadaNya kita akan dikembalikan….

Kini, tibalah masanya anakanda meninggalkan kami
Pergilah sayang…
Pergilah dengan nama Tuhanmu…..
Ummi dan Abi, redha dengan ketentuan Ilahi ini…..

Hari ini..
Genap 30 hari anakanda meninggalkan kami
Setelah 3 bulan berada dalam kandungan ummi
Kenangan ulangtahun ke-3 perkahwinan kami…


>>Ummi merinduimu sayangku<<

>>Terima kasih kepada famili dan rakan-rakan atas nasihat dan kata-kata semangat yang diberikan… 

>> Terima kasih kepada kakitangan Hospital Bersalin HKL atas layanan 1st class yang diberikan, juga buat kakitangan Wad Kecemasan HRPZII (HKB) yang merawat diriku…

>> Terima kasih buat umi dan abah, ming dan abah, along serta adik2 terutama Nurse Zati, Nurse Azie, Nurse K.Lin dan Nurse Acu yang menjagaku sepanjang berpantang di rumah…

>> Dan yang terutama sekali terima kasih kepada suami tercinta yang sentiasa berada di sisi di saat diri ini memerlukanmu…. I love You so much!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close