Situasi yang berlaku: Semua huruf atau sesetengah huruf di keyboard tidak berfungsi.
Punca & penyelesaian:
1) Sambungan yang tidak sempurna di CPU (bagi yang menggunakan desktop)
–> Cabut dan pasang semula wayar keyboard tersebut, dan restart komputer.
2) Tumpah air di permukaan keyboard
–> Gunakan 'keyboard protector' supaya air yang tumpah tidak terus mengenai komponen dalam laptop terutamanya motherboard..
3) Kerap bermain games di laptop – menekan kekunci dengan kuat tanpa disedari kesan emosi pemain
–> Gunakan USB Keyboard khas untuk bermain games kerana harganya murah dan boleh diganti dengan yang baru apabila rosak.
4) Laptop terlampau panas.
–> Elakkan menggunakan laptop atas permukaan kain atau atas tilam kerana pengaliran haba yang tidak baik boleh menyebabkan kepanasan melampau pada laptop dan kesannya motherboard mudah rosak.
–> Gunakan cooler bagi menyejukkan laptop.