Pasang Laptop Atas Katil Punca Berlakunya Kebakaran

Pada 31 Mac tahun lepas saya ada kongsikan artikel yang bertajuk "Elakkan Guna Laptop Atas Permukaan Berkain"

Kenapa saya melarang berbuat begini?

1- Kain bukan pengalir haba yang baik.

2- Haba yang terperap pada kain menyebabkan laptop panas, dan boleh merosakkan komponen laptop seperti motherboard, skrin, hard disk dan keyboard.

3- Lebih teruk lagi boleh menjadi punca berlakunya kebakaran.

"Mangsa yang berusia 25 tahun meninggal dunia di rumah yang berusia tiga tahun. Pihak bomba mengambil masa beberapa hari penyiasatan untuk mengetahui punca kebakaran. Dan akhinya, telah dikenalpasti bahawa api itu adalah disebabkan oleh komputer riba yang diletakkan di atas katil. Kipas laptop berkenaan tidak mendapat udara cukup untuk menyejukkan komputer lalu menjadi semakin panas dan terbakar. Mangsa meninggal dunia kerana terhidu karbon monoksida."

Sumber:  FB Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Langkah keselamatan yang boleh diambil:

1- Gunakan laptop atas permukaan yang boleh mengalirkan haba dengan baik seperti atas simen, kayu, plastik, dan sebagainya. 

2 – Gunakan cooler sebagai pelapik. 

3- Shut down apabila laptop panas dan terutama sekali sebelum tidur.

4- Jangan simpan laptop dalam beg dalam keadaan laptop di hibernate / sleep kerana laptop masih belum ter'off' dengan sempurna. Haba yang terperap di dalam beg tersebut boleh mengakibatkan skrin cepat rosak. 

"Bertindak sebelum terlambat"

"Sediakan payung sebelum hujan"

One thought on “Pasang Laptop Atas Katil Punca Berlakunya Kebakaran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close