Anda simpan fail di bahagian mana?

Ramai yang tidak mengetahui My Documents, Desktop, My Pictures, My Videos, Downloads itu sebenarnya terletak di Local Disk C. 

Seelok-eloknya elakkan menyimpan fail di sini kerana di sinilah tempat terletaknya Sistem Operasi komputer kita.

(Cara untuk mengenalpasti bahagian tersebut mengandungi sistem komputer ialah terdapat folder "WINDOWS" di Local Disk tersebut).

Apabila komputer perlu diformat, fail yang disimpan di Local Disk ini akan hilang. 

Atau sekiranya berlaku kerosakan / gangguan pada sistem komputer kita, kemungkinan fail yang disimpan di situ tidak dapat diselamatkan agak tinggi.

Jadi, yang terbaik, simpan fail penting di Local Disk D atau E kalau ada.

p/s: simpan fail di selain C juga sebenarnya memudahkan dan mengurangkan masa proses 'pengformatan' komputer kerana peng'format' tidak perlu back up fail tersebut terlebih dahulu… =D

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close