Menerima panggilan dari seorang pelanggan, suaranya cemas, mengadu air tertumpah mengenai laptop dan mohon nasihat apa yang perlu dilakukan.

Rakan-rakan, ada 2 tindakan pantas yang perlu kita lakukan:

1) Putuskan segala sambungan yang boleh mengalirkan elektrik ke laptop seperti bateri dan charger adapter.

Dengan kata lain sebaik sahaja terkena air terus cabut bateri dan charger adapter tanpa perlu fikirkan perkara lain seperti save file terlebih dahulu dan sebagainya.

Jika masa terkena air itu laptop anda tidak dihidupkan maka nasib anda lagi baik. Terus cabut beteri sahaja jika ada.

2) Biarkan laptop kering selama mungkin tanpa dihidupkan. Dicadangkan paling minimum pun sehari dan lagi lama lagi baik. Sebab kita tidak tahu mungkin ada bahagian elektronik tersembunyi dan terkena air jadi sukar untuk kering. Selepas anda yakin sudah kering maka baru boleh cuba hidupkan laptop.

Amalkan 2 tindakan pantas ini insyaAllah laptop anda tidak akan rosak dan kalau rosak pun mungkin pada tahap minimum. Kesan tumpah air ini, ia boleh merosakkan beberapa hardware seperti motherboard, hard disk, keyboard, dan komponen lain.

Perkara ini boleh dielakkan dengan meletakkan pelapik keyboard (keyboard protector). Sekiranya air tertumpah sekalipun, sekurang-kurangnya ada pelindung yang menghalang air daripada terus meresapi ke dalam laptop kita.

Foto: Keyboard Protector

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close