Apa itu Imaalah “إ مالة”?

Imaalah "إ مالة" adalah antara tanda bacaan istimewa yang wujud di dalam al-Quran, ia berbentuk empat segi seperti 'diamond'.

Imaalah hanya terdapat di dalam Surah Hud, ayat 41

Maksudnya: "Dan Nuh berkata: "Naiklah kamu sekalian ke dalamnya dengan menyebut nama Allah di waktu berlayar dan berlabuhnya." Sesungguhnya Tuhanku benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." 

(ayat ini juga merupakan doa yang boleh kita amalkan apabila menaiki kenderaan laut, bermula dari ayat      'بسم الله' sehingga habis)

Perhatikan pada perkataan مَجْر۪ىٰهَا terdapat tanda 'diamond' di bawah huruf  'ر'. 

Bagaimana mahu membacanya?

Bacaan yang SALAH

  • Maj-RAA-ha
  • Maj-RII-ha

Bacaan yang BETUL adalah:

  • Maj-REE-ha

Iaitu membunyikan huruf 'EE' seperti menyebut perkataan tauGEH atau x-RAY.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close